Thursday, 30 August 2012

Minggu 15 (Seminar dan Pameran TMK)


MINGGU 15 :

Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang.

Seminar

Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

·                Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu

·                Penggunaan komputer di sekolah

·                Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Mengadakan seminar

Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer

i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel

ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan 
i. Berguna kepada peserta yang terlibat

ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam

iii. Menyediakan bahan dan keterangan yang baru


Kekurangan
i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti

ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya

iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Mengadakan Pameran

Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri Pameran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

i.        Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer

ii.       Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma

iii.      Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

 

 

Minggu 14 (Bengkel Cakera Padat)




Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat

Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya

ialah:
 

Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu

Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.

Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:

i.  Puisi tradisional dan kesusasteraan

ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu

Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI- KESUSASTERAAN dan TATABAHASA

JENIS CAKERA

  · Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.

  · Cakera latihan tatabahasa

 

Minggu 13 (Mereka cipta animasi)




Pengenalan
Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.

Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.


Bentuk Animasi

Dua Dimensi - 2D

Tiga Dimensi - 3D

Kesan Khas

Jenis-jenis animasi 

Animasi Cel

i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setiap kerangka frame

ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka

iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik.

Animasi Komputer

i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect
Morphing

i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii.  Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak.

POWERPOINT

Perisian Powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial sewaktu pembentangan kertas kerja dalam seminar. Dalam bidang pendidikan pula Powerpoint kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

Animasi Powerpoint yang pertama:
 
Animasi Powerpoint yang kedua:

Format penghasilan Animasi

Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet 

Cara untuk memuat turun animasi

Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flash. Dapat di download di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.

 

 

MINGGU 12 ( Menggunakan Alat Pengarangan)


MINGGU 12 :

Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis Alat pengarangan
 
 

Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :

·                docs.google.com/

Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.

 Aplikasi

· Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkan murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui

Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu Dengan Menggunakan Alat Pengarangan

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

(i) Mengumpul bahan dari internet

(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan

(iii) Memulakan semakan

(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan

(v) Simpan maklumat atas talian


 

 

Minggu 7 (Mengaplikasi Model Pemprosesan Maklumat)


MINGGU 7

MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. 

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat

i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 

ii. Pengaliran maklumat dua hala 

iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan,

    mengingat kembali dan lupaan. 

iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 
 

 

            

RPH BM TAHUN 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tahun                    :        2 Jaya
Tarikh                    :        7 Ogos 2012
Masa                     :        11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Hari                       :        Selasa
Bilangan Murid      :        24 Orang
Mata Pelajaran      :        Bahasa Melayu
Tema                     :        Petani Moden
Tajuk                     :        Ikan
Standard Kandungan:        Kemahiran berbahasa
                                                 2.3   Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan                                                           lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.  
Standard Pembelajaran:     2.3.2   Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar,                                                            sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan   berjeda.                                    

Standard Kandungan:        3.8       Mengedit dan memurnikan hasil pembelajaran.
Standard Pembelajaran:     3.8.2   Mengedit dan memurnikan perkataan daripada aspek   ejaan dan baca.                                                           

Objektif                   :      Pada akhir pelajaran, murid dapat :

                                      1.   Membaca teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.
                                     2.   Mengedit  sekurang-kurangnya 4 kesalahan ejaan
                                           perkataan dalam lembaran kerja dengan tepat.
                                     3.    Mengeja perkataan dengan betul.     

Kemahiran Bahasa       :    Mendengar       :    bacaan teks
                                           Bertutur             :
                                           Membaca          :    bacaan teks
                                           Menulis             :     mengedit perkataan

  Sistem bahasa     :           Tatabahasa          -        tanda baca
                                           Sistem ejaan        -       
                                           Sebutan dan intonasi        -   sebutan jelas
                                           Kosa kata / Peribahasa     -   menangkap, membakar,
                                                                                     membantu, gembira.                            
Pengisian Kurikulum     :    Ilmu   :   Rajin, membantu, bersih
                                           Peraturan Sosiobudaya      :    Kesantunan bahasa     
Kemahiran Bernilai Tambah    :    Kemahiran berfikir   :    Menganalisis, menjana                                                                                                                 idea
                                                      Kecerdasan pelbagai   :   Verbal linguistik
                                                      Kajian masa depan      :    Masa depan negara
                                                     Belajar cara belajar       :   Bacaan intensif

Bahan Bantu Mengajar    :   Video, paparan gambar menggunakan   Microsoft  Power Point, lembaran kerja, pantun dan teks.             
Pengetahuan Sedia Ada    :    Murid pernah melihat pelbagai jenis ikan.
 
Langkah/
Masa
 
Isi kandungan
 
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
 
 
Catatan
 
 
Set induksi
(7 minit)
 
 
Lagu “Ikan kekek”.
 
Contoh soalan:
1. Apakah ikan yang boleh diternak?
 
2. Apakah ikan yang hidup di laut?
 
1.   Guru memaparkan video lagu
      “ Ikan Kekek”.
 
2.    Murid menyanyikan lagu  tersebut.
 
3.   Guru meminta murid menyebut nama-nama  ikan yang
ditunjukkan. 
 
4.   Murid menamakan ikan yang   di ketahui.
 
5.   Guru bersoal jawab dengan murid.
 
6.   Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan topik pembelajaran.
 
 
BBM   :
Video
 
-Menayang
kan  video.
 
Langkah 1
(20 minit)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1. Teater
     Pembaca
 
 
 
 
 
 
2. Teks (slaid    )
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tanda baca:
Nokhtah
Koma
 
1.   Murid diberikan teks bacaan.
 
2.   Guru menjalankan aktiviti Teater Pembaca.  
      a. 6 orang murid diminta keluar dan berada sebaris di hadapan kelas.
 
      b. Murid diminta membaca teks mengikut giliran.
    
      c. Setiap murid hanya membaca satu perenggan dari teks tersebut.
 
      d. Murid akan melangkah setapak ke hadapan apabila tiba giliran.
 
      e. Murid  kembali ke belakang   apabila selesai membaca satu perenggan.
 
      f.  Murid perlu membaca dengan intonasi dan sebutan yang jelas.
 
3.   Murid lain yang tidak terlibat dalam aktiviti Teater Pembaca perlu mendengar dengan teliti dan
mengenal pasti tanda baca dan
mengesan kesalahan ejaan.
 
4.   Setelah selesai Teater Pembaca, murid meletakkan tanda baca dan mengedit kesalahan ejaan dalam teks.
    
5.   Semua murid membaca teks
      yang telah diedit.
 
6.  Guru memantau bacaan murid dan membetulkan kesalahan sekiranya ada.
 
7.  Guru menerangkan tanda baca.
 
BBM :
 Teks
 
Nilai :
Keberanian, kerjasama
 
BCB: Bacaan intensif
 
Langkah 2
(15 minit)
 
Pancing Perkataan
(Rujuk lampiran 4 dan 5 )
 
Arahan:
Pancing perkataan dan betulkan kesalahan ejaan perkataan tersebut.
 
 
1.   Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. (enam orang satu kumpulan)
 
2.   Guru sediakan 6 batang pancing dan perkataan-perkataan yang diletakkan di dalam beberapa bekas.
 
3.   Guru memberitahu peraturan
      permainan:
      -  Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk memancing
perkataan.
      -  Betulkan ejaan perkataan yang dipancing secara lisan.
      -  Kumpulan yang dapat banyak perkataan dikira pemenang.
 
4.   Murid dibimbing melakukan
      aktiviti.
 
 
BBM:
Kad perkataan, pancing
 
KB:
Mengelas
kan.
 
Nilai: keberanian
 
Langkah 3
(15 minit)
 
 
Lembaran kerja 1
 
Arahan :
Kenal pasti kesalahan ejaan perkataan.
Kemudian, tulis perkataan
tersebut dalam borang pengurusan grafik di bawah.
 
 
1.   Murid diedarkan kertas lembaran kerja 1.
 
2.   Murid dikehendaki   melengkapkan lembaran kerja tersebut.
 
3.   Murid berbincang jawapan yang betul dengan guru.
 
 
BBM:
Lembaran kerja 1
 
Jika tidak sempat murid sebut secara lisan
 
Pentaksiran
 
Bacaan teks:
Kelapa sawit
(Lisan)
 
Lisan dan bertulis
 
 
Bertulis
 
 
 
Murid membaca teks dengan intonasidan sebutan yang tepat.
 
 
Murid mengenali pasti tanda baca dan mengedit kesalahan ejaan dalam teks .
 
Murid membetulkan kesalahan ejaan dalam peta grafik.
 
Langkah 1
 
 
 
Langkah 1
 
 
Langkah 3
 
 
Pemulihan
 
 
Kosa kata
 
Murid mengeja perkataan yang bergaris dalam teks dengan betul.
 
 
Langkah 1
 
Pengayaan
 
 
 Ikan.
 
Melukis gambar ikan dan menamakan bahagian-bahagian ikan ( sirip, ekor, kepala )
 
 
Langkah 3
 
Penutup
(5 minit)
 
Pantun teka-teki
Video ‘ Ikan Kekek’
 
1. Guru memaparkan 2 rangkap
pantun pada layar tayangan. 
2. Murid dikehendaki membaca pantunberamai-ramai. 
3. Murid memberikan jawapan.
4. Guru menerapkan nilai murni.
5. Guru memberi peneguhan dan
ganjaran ( token dan hadiah)
kepada murid yang menjawab
soalan dan kumpulan yang
menang.
 
 
BBM:
Pantun
 
Nilai murni:
Kerajinan,
bersyukur

 Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana akhirnya saya dengan jayanya menghasilkan satu rancangan pengajaran yang amat baik ini. Tugasan rancangan pengajaran harian ini merupakan satu cabaran kepada saya. Ini disebabkan saya perlu menyediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap jika dibandingkan dengan penyediaan rancangan pengajaran hari-hari biasa. Saya juga perlu menyesuaikannya dengan Microsoft Powerpoint  yang saya sediakan.

Kekuatan :

Saya mendapat banyak manfaat dengan membuat tugasan ini kerana secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuan dengan pembacaan buku huraian sukatan pelajaran serta buku-buku rujukan yang lain. Saya juga melayari internet untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan ini.

Kelemahan   :

Saya juga mempunyai sedikit masalah dengan Sukatan Pelajaran Tahun 2 kerana saya kurang faham disebabkan saya tidak mengajar tahun tersebut.

Cadangan mengatasi kelemahan  :

Oleh itu, saya telah meminta pendapat kawan-kawan, yang kemudiannya menasihati saya supaya membaca dan memahami sukatan pelajaran tersebut. Mereka juga menerangkan cara menyediakan rancangan pengajaran ini dengan betul.