Thursday, 30 August 2012

RPH BM TAHUN 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tahun                    :        2 Jaya
Tarikh                    :        7 Ogos 2012
Masa                     :        11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Hari                       :        Selasa
Bilangan Murid      :        24 Orang
Mata Pelajaran      :        Bahasa Melayu
Tema                     :        Petani Moden
Tajuk                     :        Ikan
Standard Kandungan:        Kemahiran berbahasa
                                                 2.3   Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan                                                           lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.  
Standard Pembelajaran:     2.3.2   Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar,                                                            sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan   berjeda.                                    

Standard Kandungan:        3.8       Mengedit dan memurnikan hasil pembelajaran.
Standard Pembelajaran:     3.8.2   Mengedit dan memurnikan perkataan daripada aspek   ejaan dan baca.                                                           

Objektif                   :      Pada akhir pelajaran, murid dapat :

                                      1.   Membaca teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.
                                     2.   Mengedit  sekurang-kurangnya 4 kesalahan ejaan
                                           perkataan dalam lembaran kerja dengan tepat.
                                     3.    Mengeja perkataan dengan betul.     

Kemahiran Bahasa       :    Mendengar       :    bacaan teks
                                           Bertutur             :
                                           Membaca          :    bacaan teks
                                           Menulis             :     mengedit perkataan

  Sistem bahasa     :           Tatabahasa          -        tanda baca
                                           Sistem ejaan        -       
                                           Sebutan dan intonasi        -   sebutan jelas
                                           Kosa kata / Peribahasa     -   menangkap, membakar,
                                                                                     membantu, gembira.                            
Pengisian Kurikulum     :    Ilmu   :   Rajin, membantu, bersih
                                           Peraturan Sosiobudaya      :    Kesantunan bahasa     
Kemahiran Bernilai Tambah    :    Kemahiran berfikir   :    Menganalisis, menjana                                                                                                                 idea
                                                      Kecerdasan pelbagai   :   Verbal linguistik
                                                      Kajian masa depan      :    Masa depan negara
                                                     Belajar cara belajar       :   Bacaan intensif

Bahan Bantu Mengajar    :   Video, paparan gambar menggunakan   Microsoft  Power Point, lembaran kerja, pantun dan teks.             
Pengetahuan Sedia Ada    :    Murid pernah melihat pelbagai jenis ikan.
 
Langkah/
Masa
 
Isi kandungan
 
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
 
 
Catatan
 
 
Set induksi
(7 minit)
 
 
Lagu “Ikan kekek”.
 
Contoh soalan:
1. Apakah ikan yang boleh diternak?
 
2. Apakah ikan yang hidup di laut?
 
1.   Guru memaparkan video lagu
      “ Ikan Kekek”.
 
2.    Murid menyanyikan lagu  tersebut.
 
3.   Guru meminta murid menyebut nama-nama  ikan yang
ditunjukkan. 
 
4.   Murid menamakan ikan yang   di ketahui.
 
5.   Guru bersoal jawab dengan murid.
 
6.   Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan topik pembelajaran.
 
 
BBM   :
Video
 
-Menayang
kan  video.
 
Langkah 1
(20 minit)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1. Teater
     Pembaca
 
 
 
 
 
 
2. Teks (slaid    )
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tanda baca:
Nokhtah
Koma
 
1.   Murid diberikan teks bacaan.
 
2.   Guru menjalankan aktiviti Teater Pembaca.  
      a. 6 orang murid diminta keluar dan berada sebaris di hadapan kelas.
 
      b. Murid diminta membaca teks mengikut giliran.
    
      c. Setiap murid hanya membaca satu perenggan dari teks tersebut.
 
      d. Murid akan melangkah setapak ke hadapan apabila tiba giliran.
 
      e. Murid  kembali ke belakang   apabila selesai membaca satu perenggan.
 
      f.  Murid perlu membaca dengan intonasi dan sebutan yang jelas.
 
3.   Murid lain yang tidak terlibat dalam aktiviti Teater Pembaca perlu mendengar dengan teliti dan
mengenal pasti tanda baca dan
mengesan kesalahan ejaan.
 
4.   Setelah selesai Teater Pembaca, murid meletakkan tanda baca dan mengedit kesalahan ejaan dalam teks.
    
5.   Semua murid membaca teks
      yang telah diedit.
 
6.  Guru memantau bacaan murid dan membetulkan kesalahan sekiranya ada.
 
7.  Guru menerangkan tanda baca.
 
BBM :
 Teks
 
Nilai :
Keberanian, kerjasama
 
BCB: Bacaan intensif
 
Langkah 2
(15 minit)
 
Pancing Perkataan
(Rujuk lampiran 4 dan 5 )
 
Arahan:
Pancing perkataan dan betulkan kesalahan ejaan perkataan tersebut.
 
 
1.   Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. (enam orang satu kumpulan)
 
2.   Guru sediakan 6 batang pancing dan perkataan-perkataan yang diletakkan di dalam beberapa bekas.
 
3.   Guru memberitahu peraturan
      permainan:
      -  Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk memancing
perkataan.
      -  Betulkan ejaan perkataan yang dipancing secara lisan.
      -  Kumpulan yang dapat banyak perkataan dikira pemenang.
 
4.   Murid dibimbing melakukan
      aktiviti.
 
 
BBM:
Kad perkataan, pancing
 
KB:
Mengelas
kan.
 
Nilai: keberanian
 
Langkah 3
(15 minit)
 
 
Lembaran kerja 1
 
Arahan :
Kenal pasti kesalahan ejaan perkataan.
Kemudian, tulis perkataan
tersebut dalam borang pengurusan grafik di bawah.
 
 
1.   Murid diedarkan kertas lembaran kerja 1.
 
2.   Murid dikehendaki   melengkapkan lembaran kerja tersebut.
 
3.   Murid berbincang jawapan yang betul dengan guru.
 
 
BBM:
Lembaran kerja 1
 
Jika tidak sempat murid sebut secara lisan
 
Pentaksiran
 
Bacaan teks:
Kelapa sawit
(Lisan)
 
Lisan dan bertulis
 
 
Bertulis
 
 
 
Murid membaca teks dengan intonasidan sebutan yang tepat.
 
 
Murid mengenali pasti tanda baca dan mengedit kesalahan ejaan dalam teks .
 
Murid membetulkan kesalahan ejaan dalam peta grafik.
 
Langkah 1
 
 
 
Langkah 1
 
 
Langkah 3
 
 
Pemulihan
 
 
Kosa kata
 
Murid mengeja perkataan yang bergaris dalam teks dengan betul.
 
 
Langkah 1
 
Pengayaan
 
 
 Ikan.
 
Melukis gambar ikan dan menamakan bahagian-bahagian ikan ( sirip, ekor, kepala )
 
 
Langkah 3
 
Penutup
(5 minit)
 
Pantun teka-teki
Video ‘ Ikan Kekek’
 
1. Guru memaparkan 2 rangkap
pantun pada layar tayangan. 
2. Murid dikehendaki membaca pantunberamai-ramai. 
3. Murid memberikan jawapan.
4. Guru menerapkan nilai murni.
5. Guru memberi peneguhan dan
ganjaran ( token dan hadiah)
kepada murid yang menjawab
soalan dan kumpulan yang
menang.
 
 
BBM:
Pantun
 
Nilai murni:
Kerajinan,
bersyukur

 Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana akhirnya saya dengan jayanya menghasilkan satu rancangan pengajaran yang amat baik ini. Tugasan rancangan pengajaran harian ini merupakan satu cabaran kepada saya. Ini disebabkan saya perlu menyediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap jika dibandingkan dengan penyediaan rancangan pengajaran hari-hari biasa. Saya juga perlu menyesuaikannya dengan Microsoft Powerpoint  yang saya sediakan.

Kekuatan :

Saya mendapat banyak manfaat dengan membuat tugasan ini kerana secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuan dengan pembacaan buku huraian sukatan pelajaran serta buku-buku rujukan yang lain. Saya juga melayari internet untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan ini.

Kelemahan   :

Saya juga mempunyai sedikit masalah dengan Sukatan Pelajaran Tahun 2 kerana saya kurang faham disebabkan saya tidak mengajar tahun tersebut.

Cadangan mengatasi kelemahan  :

Oleh itu, saya telah meminta pendapat kawan-kawan, yang kemudiannya menasihati saya supaya membaca dan memahami sukatan pelajaran tersebut. Mereka juga menerangkan cara menyediakan rancangan pengajaran ini dengan betul.

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment