Thursday, 30 August 2012

Minggu 7 (Mengaplikasi Model Pemprosesan Maklumat)


MINGGU 7

MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. 

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat

i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 

ii. Pengaliran maklumat dua hala 

iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan,

    mengingat kembali dan lupaan. 

iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 
 

 

            

No comments:

Post a Comment