MINGGU
5
MEMBINA
DAN MENGGUNAKAN TAPAK,LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Terdapat
pelbagai sumber yang boleh memberikan maklumat dan bahan pengajaran. Begitu
juga bahan daripada jalur lebar yang boleh kita gunakan kemudahannya bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.
Kepentingan membina laman web
Terdapat
pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i.
Memaparkan idea
Memaparkan idea yang berguna dan mampu
membantu orang lain.
ii.
Meningkatkan kebolehan diri
Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran
diri dalam bidang internet
iii.
Komunikasi maya
Boleh
manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan
perbincangan bersama
iv Berkongsi maklumat
Mampu berkongsi maklumat sesama
pengguna
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak
pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana
halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini
merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya.
Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada
Rancangan pengajaran Harian.
Langkah
penyediaannya:
Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan
reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to
the Web ... dan namakan fail sebagai index
1.
Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita
telah bersedia untuk memuat naik
Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.
2. Pergi
ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.
3. Klik
Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan.
4. Klik
butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
5. Isikan
semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.
6. Setelah
selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager.
7. Apabila
anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya
seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manegar
8. Seterusnya klik pada tanda v pada kotak
opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada
paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.
9. Klik
pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti
yang
berikut akan dapat anda lihat.
10 . Anda
akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di
dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan
kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik
tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik,
paparan berikut akan dapat dilihat. Alamat Tapak Pembelajaran
11. Klik
pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang
Upload.
12. Apabila
Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer. Pada paparan
skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File
1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan
ditunjukkan.
13. Anda
akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail
index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula
jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan
Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya
untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang
terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat
paparan yang seperti yang berikut. HyperText Markup Language (HTML)
14. Anda
akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text
Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat
ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa
pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita
lakukan.
15. Sila
klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan
berikut akan ditunjukkan.
16. Anda
akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini
http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran
anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita
kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah
hasilnya.
17. Tamatlah
bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web.
Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak
Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak
Pembelajaran anda. Bergembiralah! Peringatan: Sekiranya anda hendak mengubah
isi kandungan Tapak Pembelajaran, anda perlu mengubahnya di dalam Fail Kerja
dengan menggunakan Publisher. Setelah selesai mengedit dan melakukan perubahan,
simpan fail kerja anda itu dan Publish to the Web dengan menggunakan nama
index. Ini bermakna fail index yang lama akan terpadam. Upload ke File Manager
dengan menggunakan prosedur yang sama.
18. Cubalah
menukar-nukar Tapak Pembelajaran anda.
No comments:
Post a Comment