Wednesday 29 August 2012

MINGGU 4 (Pemilihan Bahan Internet)


MINGGU 4

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
TUGASAN PENTING

Bahan-bahan daripada internet merupakan salah satu sumber yang besar dalam menyumbangkan bahan-bahan pengajaran bukan hanya bergantung semata-mata kepada buku teks. Kita boleh mendapatkan bahan-bahan dari dalam dan luar Negara sebagai rujukan atau pun sebagai bahan bantu  mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
·                     Bahan sastera
·                     Bahan tatabahasa
·                     Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
                
Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. 

Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
·                     Syair
·                     Pantun
·                     Seloka
·                     Gurindam
·                     Puisi
·                     Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera perlulah berkaitan dengan unsur-unsur kesusasteraan.
 
                           Carta di atas ialah unsur-unsur sastera menurut Hashim Awang.
Pemilihan bahan sastera juga perlu mengambilkira aspek-aspek umur , tahap dan kecerdasan.

PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA.
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa

Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya.
Jenis-jenis bahasa yang terdapat dalam URL adalah seperti :
 






No comments:

Post a Comment